Steak From Hot Pan

June 8th, 2008 by xinkhai

Adalah nasib untuk jadikan seorang manusia. Tiada sesiapa berhak menentukan ini.(jangan bagitau saya ini adalah keputusan tuhan ke ape. Kepala papa hang, jika kamu taruh ni dalam blog saya.)

Lepas itu, apa yang kita perlu buat sebelum meninggalkan dunia ini? Sejak kita tidak boleh jangkakan hayat kami, saya bercadang hidup dengan bermanfaat. Asalkan kita tidak rasa kesal ketika nafas terakhir.

Cara untuk memanfaatkan hidup kami boleh katakan terlalu banyak. Tetapi cara untuk memanfaatkan hidup seseorang tertentu adalah terhad. Katakan saya, saya memilih merasai dan melalui banyak peristiwa khusus dalam sukan, akedemik, pengetahuan tentang hubungan manusia. Sebaliknya, katakan bagi seorang pesara, beliau lebih bercederung memilih untuk memahami perkara-perkara yang berada di sekelilingnya khususnya ahli keluarga. Jika saya memilih pilihan pesara itu, ini mungkin akan membantut kecapaian impian saya atau menghilangkan peluang untuk mendapat benda yang lebih daripada itu walaupun keluarga adalah penting untuk semua orang. Oleh itu, saya aktif dalam sukan, terus belajar benda baru dan dari benda lama, dan sering berlancong.

Walaupun saya sedang menghadapi kecederaan sendi yang serius pada medial meniscuc, tapi saya belajar untuk menerimanya dan anggap ini adalah satu peluang emas untuk belajar benda baru. Pernahkah kamu menghadapi cedera dalam masa 11 bulan dan masih dalam keadaaan yang tidak stabil? Saya pernah weh. Mulanya, ini menghalang saya mewakil Malaysia ke Nepal. Menghancurkan timing yang saya susah-payah mereka sebelum ini. Lepas itu, saya belajar untuk rehat dan merawat. Dalam tempoh masa ini, saya tahu apa itu medial meniscus. Glucosamine, infra-merah dan ultra-sound berfungsi untuk memulihkan tisu-tisu lembut di sekeliling sendi. Jika adanya Chondroitin, ini membantu mempercepatkan penyerapan Glucosamine dalam badan kita. Saya juga sedar akan orang-orang yang mengambil berat saya. Seterusnya kecederaan memberi saya peluang untuk menyedia persembahan Kata dengan lebih menyeluruh. Harap ini akan bertukar dari halangan kepada kejayaan pada masa akan datang.

Saya juga pernah gagal dalam akedemik pada tahun 2004 dan 2007. Pada tahun 2004, saya gagal mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu dalam Sijil Peperiksaan Malaysia. Ini menghalang saya memasuki tingkatan 6. Amat menyusahkan hati dan hanucurkan semangat saya pada masa itu. Saya pernah fikir lepaskan keinginan memasuki tingkatan 6 dan juga pernah fikirkan bunuh diri! Amat tidak rasional pada masa itu. Kerana saya adalah pelajar lelaki yang terbaik pada masa tingkatan 4 dan 5. Tidak buruk dalam akemedik dan bagus dalam sukan. Oleh itu, sukar bagi saya menerima hakikat sebegini. Dengan itu, saya belajar menenangkan diri dalam keadaan yang amat tidak rasional, memotivasikan diri dan buat keputusan. Akhirnya, saya memutuskan teruskan keinginan saya di Institusi PJ, iaitu satu sekolah swasta yang amat berkualiti. Dengan keputusan itu, saya berpeluang menemu Sir Prakhas dan rakan-rakan yang sering memberi sokongan positif. Sir sering memotivasi kami dengan pelbagai cara. Biasanya, cara beliau sukar diterima kerana kasar dan amat terasa. Walaubagaimana pun, kerana ini saya berjaya mendapat 3.5 dalam GPA dan pangkat A dalam Bahasa Melayu STPM.

Saya amat benci subjek Metematik sejak kecil lagi. Dengan ketidaktahuan dan naif aku, saya memilih khusus Ekonomi dalam Bac. Degree. Alamak! Itulah ayat pertama dalam hatiku ketika nampak kursus-kursus wajid pada minggu orentasi. Banyaknya subjek matametik dalam kertas bodoh itu! Terasnya, econ math, statistik, dan econmetric. Nasib baik adanya rangcangan NUMB3RS kat AXN . Menariknya bila mereka gunakan ilmu metematik untuk penyelesaian kes FBI. Lagi menarik bila perasan toeri yang mereka gunakan dalam salah satu esipod adalah teori yang saya pernah belajar sebelum ini. Contohnya, mereka menggunakan Game Thoery untuk memujuk orang jahat. (Ya, ’orang jahat ’ saya gunakan dalam blog saya.) Tambahan pula, ada juga bantuan daripada rakan; ini sedikit sebanyak menarik minat saya dalam bidang metematik. Harap-harap saya lakukan lebih baik pada semester yang akan datang ini.

Hidup saya lebih gila-gila. Mungkin saya suka cabaran dan kesoronakan yang extreme.

Saya pernah sewakan kereta dan pandu ke Ipoh dari Serdang seorang untuk Latihan Intensif kontigent Goju-kai Karate Malaysia. Bertolak dari pukul 6 pagi, sampai ke Dojo pada pukul 9 pagi. Mana tahu latihan terus jalankan sejak ketibaan aku. Lepas itu aku pengsang dalam sesi warming up…. Selepas rehat sekejap(saya rasa mungkin itu adalah tidur dan bukannya pengsang), saya terus berlatih. Sebab saya pikir sudah bersusah-payah datang ke sini dan dah belanja banyak, prestasi aku mesti kena impressing di depan Shihan Anathan. Lepas latihan, saya berjaya dapat borang Asian Goju ryu Karate do Championship dari Nepal dan borang untuk termasya Sukan Malaysia ke 12 di Terenganu! Saya terus balik ke Serdang pada pukul satu petang. Masa itu saya masih OK, hanya rasa amat penat…

Saya percaya tidak salahnya jika hidup macam orang gila, asalkan hidup jadi bermakna dan ada capaian atau sekurang-kurang mendapat ajaran dan pengalaman. Mungkin kepercayaan saya berkesan untuk saya.

my journey on tatami

August 29th, 2007 by xinkhai

Menceburi acara Team Kata dah 7 tahun. Banyak jenis Kata pernah kami mecubai, banyak teammates pernah saya menghadapi. Kurang kena puji, sering dapat diuji.

Mengikut sejarah pasukan Kata lelaki di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), saya hanya seorang peserta yang pernah menyertai selama 7 tahun berturut-turut.

Tunas Cemerlang dan Gemilang (..konon..)

Mula-mulanya, salah seorang mengganggap hanya Bassai-dai aliran Shito-ryu (Shite Kata) baru berkualiti, hanya Kata ini boleh membantu kami berjaya bermara ke pusingan seterusnya dalam mana-mana pertandingan. Pada tahun 2001, pasukan saya terdiri daripada Say Keong, Kang Keong dan saya. Tetapi setelah 3 tahun kami cubai, akikatnya adalah sama iaitu mesti kalah dalam pusingan yang mempersembahkan Kata itu, walaupun kami berlatih 4 hari seminggu dan lebih kurang 3 bulan sebelum pertandingan. Dalam tempoh itu, anak lelaki jurulatih saya, Jie Ker pernah mengganti tempat K.Keong yang kurang motivasi dalam bidang sukan Karate tu.

Yang malunya adalah masa itu, ketiga-tiga kami langsung tak tahu speed and power adalah faktor utama dalam pengira markah dalam acara itu. Oleh itu, kami hanya tunjuk tekniknya. Persembahan kami lembap, lemah dan sangat boring.

Juara Negeri dan SUKMA

Pada tahun 2003, mereka dah tamat pengajian di sekolah menengah. Dalam masa yang singkat tu, Jun Hao dan Wei Kheng memasuki pasukan saya untuk persediaan Sukan Perak ke2 di daerah Manjung, Perak.

Semasa berlatih, saya sering berkosing pengalaman bertanding dengan Wei Kheng. Dengan komukasi ini, kami mendapat banyak pengetahuan dan sedar bahawa kami mengurangkan satu satu yang amat penting dalam acara itu. Lepas itu, kami pun bermula membaiki persembahan kami dengan menyeluruh.

Setelah berbulan-bulan kami berlatih di dojo dan halaman rumah, kami berjaya menjadi Johan dalam acara Boy Team Kata di negeri PERAK! Pinggat emas yang berperingkat Negeri itu pun menjadi pinggat Pertama bagi saya dalam acara tersebut!

Masa itu saya memang terharu; hanya titisan air mata saya boleh memahami perasaan yang jarang menemui itu! Tambahan pula, termasya Sukan Perak ini adalah pertandingan kali PERTAMA bagi Jun Hao..

Yang amat bertuah Jun Hao dan kami pun berjaya melayakkan diri menyertai termasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke 10, iaitu pertandingan terpenting buat kali pertama dalam hidup kami. Seperti apa-apa yang kami biasa lakukan sebelum pertandingan. Kami mula latihan selama 3 bulan sebelum SUKMA. Masa itu, kami bersedia Kata bernama Jion, Empi dan goju-shiho-sho sertai bunkai. Kami berlatih sambil buat gila, kerana tiada petunjuk dan awasi yang professional kami pun tidak harapkan apa-apa pinggat dalam termasya itu. Pusingan pertama telah berlawan dengan pasukan negara dari negeri P.Pinang.. Nasib ada repechage system; kami pun berlawan dengan Kelantan dan Pahang untuk pinggat ganggsa. Akhirnya, kami berjaya memuggut pinggat gangsa di termasya itu! Sekali lagi saya berasa amat memuaskan. Tetapi rasa macam tidak dapat apa-apa pujian daripada ibubapa dan Shihan Ang… Sebaliknya, kami terpaksa bagi tahu orang lain adalah Shihan Ang yang melatih kami ketika persadia bagi SUKMA. Lanjut lagi, saya sedar dalam dunia ini, tak kira bertapa banyak ketua menyumbang, ganjaran masih dianugerah kepada ketua. Senario ini telah berlaku sejak zaman lampau lagi. Itulah dunia sebenar. Saya boleh terima.

Kemunculan Budak Pelik

Disebabkan Jun Hao ingin bekerja separuh masa selepas peperiksaan STPM dan tidak dapat menyertai kami dalam sesi-sesi latihan, saya cadang jurulatih saya melantik Ker Chin sebagai pengganti bagi Hao. Mula-mulanya Shihan Ang sangat meragui pilihan saya dan ingin melantik seorang yang lebih senior tapi tiada motivasi untuk menyisi tempat kosong itu. Saya cadangkannya kerana dia memang bersemangat, sanggup berkorbankan masa, sanggup mendengar dan sanggup lakukan apap-apa yang saya arahkan; walaupun asasnya tidak sekukuh dan sikapnya pelik. Beliau boleh ingin mejimatkan segelas milo yang berharga RM1 itu, habiskannya walaupun badan sudah tidak mengizinkan. Menyebabakn semua ahli pasukan teman dia satu malam di depan tandas Stadium Perak. Masa itu adalah sehari sebelum pertandingan….! Saya memang takut man!

Pada tahun 2005, semasa Ker Chin dilantik, beliau masih bertali pinggang HIJAU(7th Kyu) iaitu gred kedua rendah dalam sistem karate kami. Disebabkan ingin membukti kepada Shihan Ang pilihan saya ada sebabnya. Oleh itu saya meluangkan masa 2 bulan melatihnya di halaman rumah saya. Latihan dijalankan setiap hari kecuali sabtu dan ahad, dimula dengan kihon (basic) dan motivasi sehingga 3 advance Katas yang diguna untuk bertanding iaitu Jion, Empi dan Goju-shiho-sho. (Ini disebabkan dalam acara tersebut, mesti mempersembahkan Kata yang berlainan di setiap pusingan.) Selepas 2 minggu itu, saya dan Ker Chin baru berlatih dengan Wei Kheng yang tinggal di Bagan Serai. Disebabkan masa tidak mengizinkan, tiga remaja ini terpaksa melatih dalam masa satu bulan sahaja untuk termasya SUKAN PERAK ke 3 di Ipoh. Masa itu bunkai pun tidak merancang dengan teliti.

Tanggis Kerana Benar

Seperti kami menjangkakan, pasukan kami terus bermara ke pusingan akhir. Saya masih ingat masa itu kami bertali pinggat berwarna AKA bertempung Daerah Manjung. Disebabkan kekurangan masa untuk persediaan dan sikap over confident, kami kalah dalam pusingan akhir… 0-3! Keadaan selepas bertanding sama dengan apa yang telah berlaku pada saya 2 tahun sebelum itu, munculnya tanggisan pada saya di dalam bilik mandi Sek Men Teknik Ipoh. Tanggisan kali ini bukan kerana terharu sebaliknya kerana mengecewa dan malu! Perasaan yang lagi sukar diurus adalah ketika mendengar pasukan Manjung yang telah menewaskan kami itu bersolak dengan amat meriahnya di bilik mereka, manakala bilik mereka tepat berada di depan bilik kami… Kekecewaan itu memang membawa impak yang besar kepada saya, kesedihan dan kekecewaan masih boleh aku rasai apabila saya mengingati.

Sebenarnya saya meluangkan masa 2 bulan melatih Ker Chin hanya dapat digunakan untuk satu pertandingan sahaja.. satu pertandingan yang tidak mendapat juara.. Masa itu, beliau menarik diri dengan tanpa sebab yang munasaba.

Kami Dah Stabil atau Hanya Permulaan?

Pada tahun 2007, bulan April, saya balik ke Taiping selama satu minggu. Masa seminggu itu, saya memanfaatkannya dalam usaha melatih seorang lagi rakan pasukan baru saya dan bermula dengan kinon juga. Hwang Yang, rakan pasukan saya terkini. Beliau memang seorang yang berdedikasi, berdisiplin, minat belajar dan sanggup mendengar (ingat: engkau jangan berlagak selepas membaca ini huh!). Pada 3hb May, saya telah menghabiskan semester kedua di UPM dan terus balik ke Taiping untuk latihan karate. Sama juga, pasukan saya yang terdiri daripada saya, Wei Kheng dan Hwang Yang terpaksa menggunakan masa satu bulan sahaja untuk membuat persediaan 2 pertandingan berperingkat kebangsaan dan 1 pertandingan berperingkat negeri.

Disebabkan kami terpaksa melatih 7 kali seminggu, Wei Kheng terpaksa menetap di rumah saya selama satu bulan. Latihan kali itu adalah kali yang paling serius dan susah, sekurang-kurang 7 sesi seminggu dan 3jam satu sesi. Ada berapa kali kami berlatih sebanyak 3sesi sehari! Kerana adanya peristiwa yang mengecewakan pada Sukan Perak 3; kali ini kami berlatih dengan mengambil berat semua aspek, aspek ini merangkumi suasana berlatih, kecergasan kata kami, kekuatan fizikal dan mental, dan bunkai pun telah dirancang dengan lebih teliti. Ada yang selesema, ada yang berlidah berlubang tiga, ada yang kaki tangan bengkak. Tetapi, latihan terus dijalankan seperti biasa. Dalam tempoh itu, entah berapa pek Power Gel dah kami menelani.

Sebelum mewakili dearah kami ke Sukan Perak, kami dah mewakili negeri kami ke Kejohanan Karate Senior Kebangssan ke 27 yang diadakan di UNITEN. Entah tension ke atau bodoh, minda saya tiba-tiba blank semasa mempersembahkan kata di semi-final!!! Saya tersilap mempersembahkan di depan para juri, jurulatih saya Shihan Ang, jurulatih kebangsaan Shihan Lim, president karate negeri Perak Shihan Anandan dan pengasas sekolah karate saya, Soke Clement Soo! Yang saya menyusahkan rakan pasukan saya gagal memunggut pinggat gangsa dalam termasya itu. Walaupun Wei Kheng dan Yang tidak menyalahkan saya, sebaliknya mereka menyenangkan hati saya. Tetapi, ketiadaan pinggat membawa ke negeri saya, perasaan malu, sedih, marah akan kebodohan saya tidak boleh dihilangkan begitu sahaja dan amat tidak senang hati kerana menyusahkan rakan pasukan saya memunggut sifar pinggat.

Tambahan pula, semasa latihan hanya Yang pernah berlaku beberapa kali kesilapan. Masa itu, hanya saya yang memarahi Yang. Tapi Yang tidak melakukan sebarang kesilapan dalam pertandingan sebaliknya saya yang buat kesilapan yang membawa kekalahan. Bukan begitu saja, Shihan Anandan dan Soke menanya banyak soalan terhadap Shihan Ang. Lepas itu, Shihan Ang pun memarahi saya di lobi stadium UINTEN yang membanjiri orang ramai. Saya terima kemarahan dan penghinaan itu walaupun jumlah masa beliau mengajar kami hanya beberapa minit saja dalam masa satu bulan.

Dengan prestasi yang tidak membanggakan, kami membuat keputusan bahawa terus balik ke Taiping. Oleh itu, keesokan awal pagi kami pun balik dan malam itu pun mula berlatih. Dengan rangsangan yang amat kuat, ketiga-tiga kami pun berlatih dengan lagi kuat dan serius sampai lupa rehat.. Sehingga Ah Chuah dari pasukan wanita panggil kami pergilah rehat dulu baru berlatih. Masa itu saya memang tidak rasa penat hanya rasa bersalah; bukan saja badan dibasihi peluh, hati juga dibasih tanggisan kerana bersalah. Ketika itu, saya hanya ada satu objektifnya, iaitu ingin memperkuat prestasi saya dan prestasi pasukan saya. Malam itu, kami bertukar timing Empi kerana dapat kritikan daripada pasukan Pulau Pinang bahawa ”kata is good, but too rush”. Dalam masa satu malam kami pun berjaya bertukar timing yang dengan seluruh…

Bagi saya, dalam persediaan Sukan Perak ke 4 amat tertekan. Kerana saya percayai bahawa seorang pewakil negeri memang tidak boleh dikalahkan dalam pertandingan berperingkat negeri, apatah lagi jika dia ingin terus mengekalkan kedudukannya sebagai seorang pewakil negeri? Oleh itu, saya sentiasa memastikan persembahan pasukan kami ada sesempurna yang mungkin. Kalang-kala yang suara saya agaknya tinggi terhadap rakan pasukan saya… (sorry pal, disebabkan kami perlu berdikari; kemenangan atau kekalahan adalah terpulang pada apa yang kami lakukan dalam masa sebulan ini). Tapi segala yang saya lakukan dalam sebulan itu adalah semata-mata untuk pasukan sahaja.

Dalam Sukan Perak ke 4, pusingan pertama kami berlawan daerah Hulur Perak, tewaskan mereka dengan 3-0. Pusingan kedua pula, kami berlawan dengan daerah Kerian, sekali lagi tewaskan meraka dengan 3-0. Pusingan ketiga adalah pusing akhir dlam acara itu, berlawan dengan daerah Manjung, menang dengan cantik iaitu 3-0 juga!!Akhirnya, kami berjaya memunggut pinggat EMAS di Sukan Perak ke 4.

Perasaan yang Tidak Dijangka

Selepas menjadi juara, saya langsung tidak rasa gembira mahupun bangga. Entah. Mungkin saya rasa sebenarnya semua tidak sebaloi dengan benda yang saya telah lepaskan termasuk masa berkeluarga, berlancong yang seperti saya merancang sebelum dan lain-lain lagi. Saya langsung tiada minat naik atas pentas mendapatkan pinggat itu. Perasaan yang sangat tidak menyeronokkan itu menyebabkan saya terus balik Taiping sejam selepas keputusan dikemukakan. Sehari selepas ini, saya pun berlancong di Pulau Pongkor dngan ahli keluaga saya.

Masa itu, adalah 2times Perak Cham, Jas dan Ah Chuah membawa saya ke bas station Medan Kit. Dalam perjalanan, kami pergi Mc D’s Drive-in dan sembang banyak. Walaupun kami tersesak di bandar Ipoh, tapi Jas cakap asalkan minyak penuh dan poket ada cash memang tidak membimbangkan ketika tersesak. Ha… Acceptable! Topik yang paling saya ingati adalah semasa Jas tanya saya apa yang telah berlaku pada malam itu (malam itu yang kami baru balik dari UNITEN). Saya terharu kerana tak sia-sia berkawan dengan mereka selama 7 tahun.. ha… Memang terharu kerana mengambil berat.

Pulau Pangkor masih tiada apa-apa perubahan, walaupun ada sebaris kedia terbakar beberapa bulan lalu. Suasananya masih sangat indah dan memberi saya banyak ingatan. Ketika keluarga saya menaiki boat ke Coral Bay , saya seorang menikmati keindahan pantai dan merenang di tepi pantai; sangat menyegarkan sehingga keletihan saya pun telah dimandikan. Walaupun ada sedikit lekas, tapi saya melega dan amat meghargai masa bersama keluarga. Semua yang berlaku pada waktu adalah amat berharga bagi saya.

Sehari selepas melancong di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam, saya melancong di Bukit Larut (maxwell hill) bersama kawan-kawan dari pasukan karate selama 2 hari semalam. Asalnya kami menganggapkan ini adalah fairwell untuk pasukan kata lelaki dan wanita, kerana kami semua memang sudah bosan dengan hidup ini malah kali ini kami pun mendapat juara dalam acara lelaki dan acara wanita. Ingin menjadikannya sebagai happy ending dalam hidup dalam bidang karate. Tetapi selepas sembang pasal waktu kecil berlatih karate, ternampak motif saya memasuki bidang ini. Sekali lagi saya bangkit dan ingin terus dalam bidang ini. Fairwell tak jadi tapi party memang menjadi!

Seminggu selepas Sukan Perak, kami mewakil negeri Perak dalam Sukan Wilayah Persekutuan di PICC. Pertandingan ini adalah pertandingan yang paling mewah bagi saya. Tempatnya cantik dan seronok bertanding di PICC. Pada pusingan akhir, kami berlawan dengan Wilayah Persekutuan Labuan. Malangnya, meraka menewaskan kami kerana kata kami tak cukup powerful daripada mereka. Oleh itu, hanya pinggat PERAK dalam Sukan Wilayah Persekutuan.

Masa Bersama Ahli-ahli Karate di Taiping

Selepas menghadapi ketiga-tiga pertandingan itu, saya diajak oleh pengerusi pasukan karate SMJK Hua Lian dan ahli SM Convent membantu mereka dalam persediaan Kejohanan Interschool Taiping yang akan diadakan pada awal bulan Julai ini. Selepas mendapat kebenaran daripada Shihan Ang, saya mengadakan dua sesi latihan sehari dan dijalankan pada setiap hari isnin sampai hari jumaat. Sesi latihan pada 2pm-4pm adalah untuk ahli Hua Lian, ahli Convent pula berlatih dalam sesi 5pm-7pm .

Tugasan ini sikit meletihkan kerana saya rancang apa yang ingin dikongsikan mereka supaya ini dijalankan lebih lancar dan berkesan. Malah biasa hanya perlu fokus akan prestasi ketiga-tiga kami; kali terpaksa memastikan semua prestasi ahli memuaskan. Tapi saya rasa seronok ketika lihat mereka sanggup memberi perhatian kepada saya dan sanggup mencuba apa yang saya arahkan, walaupun bukan semua berjaya mencapai teknik yang tak semudah itu. Sebenarnya mereka ada karateka yang baik, masalahnya hanya kekurangan latihan dan pengalaman bertanding. Ada kalangnya saya juga membelajari daripada mereka, kerana saya mengagum akan cara mereka menghadapi cabaran yang saya bagi dan cara mereka berinteraksi antara sama lain adalah simple dan semula jadi.

Saya merupakan salah seorang juri dalam pertanding tersebut, kebanyakan pusingan pun telah saya lihat. Ada yang mengecewakan saya tapi ada yang memuaskan kehendak saya. Syabas kepada mereka yang berjaya memunggut pinggat dan taniah kepada sesiapa yang mendapat pengalaman yang berharga daripada itu.

Kepercayaan Saya

Pada diri saya, saya memang berasa puas hati dengan prestasi kedua-dua rakan pasukan saya. Bukan saja mereka membantu saya mendapat pinggat di pertandingan-pertandingan yang paling penting pada tahun ini. Malah ketiga-tiga kami mempunyai pandangan, kepercayaaan dan sasaran yang sama. Mereka juga sanggup menerima cabaran sehingga berjaya melakukan aksi-aksi yang bahaya dan sukar untuk mendapat markah tambahan. Pengurusan pasukan kami juga sentiasa diketengahkan supaya boleh bertahan dengan lebih lama; oleh itu kami sentiasa saling bertukar pendapat dan sanggup menerima perubahan tanpa kira perubahan itu boleh mendatangkan apa-apa implikasi terhadap kesenangan diri-sendiri, asalkan perubahan itu boleh mendatangkan kemenangan kepada pasukan kami.

Selain itu, saya juga amat menghargai apa-apa yang diajari oleh ketua jurulatih kami iaitu Shihan Ang Lye Hong P.M.P, A.M.P, P.J.K, St John SB, jurulatih kebangsaan Shihan Lim Chin Jin, jurulatih Sensei Ang Judy, president karate negeri Perak Shihan Anandan yang memberi kami peluang bertanding untuk Perak, usaha pasukan Kata wanita di Daerah LMS membatu kami dalam banyak aspek semasa persediaan, sokongan moral daripada sesetengah ahli SK Convent melalui SMS atau membekalkan padang dan minuman untuk kami dan sokongan serta solakan daripada rakan sepasukan daerah LMS dan negeri Perak. Saya juga menghargai Shihan Ang sentiasa memberi saya peluang mengkosing pengetahuan dan pengalaman dengan ahli-ahli di Taiping serta peluang bertanding sehingga ke peringkat kebangssaan. Tambahan pula, pasukan kata wanita daerah kami adalah JUARA negeri Perak 2 kali berturut-turut o…

Selepas bertahun-tahun saya menceburi dalam acara berkenanan, saya mendapati pasukan kami umpama suatu organisasi. Ketiga-tiga kami bukan saja berlatih kuat, malah beruruskannya dengan sistematik. Buat masa kini, Wei Kheng melanjutkan pelajarannya di USM, Yang masih di Taiping untuk tingkat lima dan saya berada di UPM. Walaupun ketiga-tiga kami telah diasingkan dari utara, tengah dan selatan; tapi satu hari kami sudi berkhidmat untuk pasukan kami, satu hari pasukan kami berhidup. Kewujudan pasukan kami amat memerlukan kerjasamaan, minda yang terbuka dan kuat, disiplin, dedikasi, motivasi dan badan yang bukan saja kuat tapi juga cergas.

Buat masa kini, kami akan terus berlatih di Ipoh dalam Perak Contingent Centralize Training di setiap hujung minggu. Memandangkan jarak kami agak jauh, Shihan Anandan mengizinkan kami melepaskan centralize training yang begitu kerap itu tapi janji menghadir diri sekali sebulan. Kata bernama Kansu Sho masih dalam pemprosesan dan bunkai terbaru akan dipersembahkan. Harap pasukan kami dapat mencapai keputusan yang lebih membanggakan pada masa akan datang dan harap-harap tiada halangan untuk kami mewakili Malaysia ke Nepal bertanding pada bulan akhir Oktober ini.